Profile


Beluncas Photography

     Pada asalnya Beluncas Photography diasaskan oleh Mohd Sufian Bin Hassan pada awal 2009. Mendapat pendidikan di Politeknik Johor Bahru 2008 dalam jurusan Diploma Rekabentu Grafik. Bermula dari politeknik lagi beliau telah mula miminati dan menceburi diri dalam bidang fotografi. Selain itu, beliau juga meminati bidang seni kreatif dan multimedia. 

     Selepas tamat pengajian pada 2009, beliau memberanikan diri melakukan kerja sambilan dalam bidang fotografi. Sehingga kini, beliau telah banyak mendapat tempahan fotografi terutama dalam fotografi perkahwinan. Walaupun masih dikatakan baru dalam dunia fotografi tetapi Beluncas Photography akan terus memperbaiki kemahiran dan hasil kerja dari semasa ke semasa untuk kepuasan setiap pelanggannya. 

     Terima kasih kepada semua yang memberi kepercayaan penuh kepada Beluncas Photography untuk terus berada dalam dunia seni kreatif fotografi dan menjadi jenama kukuh dalam dunia fotografi.

Insya Allah.